Pages

Monday 25 July 2011

Jom Daftar......

Kepada pemilik-pemilik Honda Wave kawasan selangor/KL boleh la memuat turun borang pendaftaran ahli dah menyerahkan kepada incas HWC selangor/KL..
Maklumat Lanjut boleh menghubungi Jep Pedrosa di talian 017-2831642

Sunday 10 July 2011

HWC Ride to PD

Gabungan HWC (HWC Kedah, HWC Penang, HWC Ipoh, HWC Johor dan HWC selangor) telah selesai mengadakan ride santai ke Port Dickson....








coming ride.... Let Get Ride To Kelantan.. !!!!

~~~ Ride To Ipoh Makan Nasi Minyak ~~~





Himpunan sejuta Belia Putrajaya 2011





Saturday 9 July 2011

Konvoi - Etika dan Tatacara berkonvoi

MARSHAL

1. Zero Marshal/ Leader
2. CONTROL Marshal
3. SWEEPER
4. TEAM LEADER Marshal
5. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
6. Kenderaan Peserta
7. BACK MARKER Marshal/Last man
8. MEDIK Marshal
9. MEKANIK Marshal

Zero Marsyal/Leader
Leader bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. Leader juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan marsyal2 lain untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. Leader mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada marsyal2 lain untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. Leader juga mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada marsyal2 lain untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong Leader kecuali diberi arahan sebaliknye.

Kontrol Marsyal

Kontrol adalah penolong kepada Leader. Kontrol mestilah mengagihkan semua arahan kepada Marsyal2 lain. Jika Leader tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, Kontrol mestilah mengambil alih tugas Leader. Kontrol jugak mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua Marsyal untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.

Sweeper

Bilangan kenderaan sweeper bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari Leader dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. Sweeper akan sentiasa memberikan pertolongan kepada Leader dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada Leader bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya Sweeper dibenarkan untuk berada dihadapan Leader jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah memberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.


Back marker Marsyal/Last Man

BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada Leader pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan dalam barisan konvoi.

Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari Leader. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, kontrol akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari Leader.

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada Leader, Kontrol dan Sweeper dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.

TATACARA KONVOI

Konvoi "Anak Itik"
cara konvoi anak itik nie ialah cara yg paling biasa digunakan, selalunya cara nie guna bila jumlah perserta konvoi sedikit atau melalui jalan2 yg agak sesak, jem, berselirat dan buleh menyesatkan peserta2 konvoi.... dan juga cuma digunakan utk jarak perjalanan yg pendek

cara berkonvoi nie menggunakan sepenuhnya teknik2 @ isyarat2 tgn seperti yg diterangkan dlm post2 kat bwh... serta dibantu sepenuhnya oleh marshal2.. so xder sesapa sesat ataupon ditimpa perkara yg x diingini....

dan tentunya.. bila masing2 kene thn diri dari nak full trotel (kene bawak sloww der).. jalan dekat pon rasa jauh ... kejap jer buleh penat ngan mengantuk oooo.....


Konvoi berescort - Polis dan penunggang luar
kalau konvoi dgn jumlah penyertaan yang lebih besar, biasanya akan mintak bantuan polis untuk melancarkan perjalanan. dan teknik konvoi ni mmg pakai teknik anak itik dan selalunya konvoi jenis ini adalah perjalanan yang pendek jer...

Perjalanan pendek tersebut adalah mcm dr RV point ke tempat event (apa2 event la). Dengan bilangan konvoi yang besar, peraturan konvoi diubahsuai mengikut situasi. dan sekali lagi.. segala teknik, isyarat tangan dan marshal2 mcm post kat bawah nie akan selalu digunakan bg melancarkan konvoi nie.. selain dari leader /runner/escort polis.

satu jer yg beza dengan konvoi biasa, pasal bila dah ader escort, xder la lagi nak kene berenti kat simpang/ lampu isyarat. Akan tetapi kelajuan konvoi lebih perlahan berbanding dengan konvoi normal.

Konvoi Tunggangan Bebas/Free Ride Convoys - sistem Check Point
Mudahnya, cara konvoi nie... sebelom konvoi bergerak, para marshal akan menerangkan laluan dan checkpoint2 sepanjang laluan konvoi ... jadi kerapnya konvoi ni akan dilaksanakan atas highway atau jln yg x bnyk simpang.. klu ader yg tersesat jugak, x tau la.... JADI, TIME BRIEFING TU DENGAR LA....
selepas konvoi berlepas dr rv point, masing2 bergerak ikut keupayaan diri dan motor masing2 ( secara berpasangan - buddy2)... yg motor power nak test motor buleh, yg nak makan angin pon buleh... ikut mana korang selesa ( jarak yang selamat masih perlu dikekalkan, xde aksi berbahaya, xde 'slipstream/ cucuk angin dgn cara yang berbahaya).....NAMUN.. semua peserta konvoi DINASIHATKAN dan DIMINTA untuk mematuhi peraturan jalan raya dan menunggang secara berhemah.... JANGAN CARI PASAL x kira la dengan ahli2 konvoi ataupon dgn pengguna jalan raya yg lain...(tunggangan berhemah adalah cara kita).... klu kene bakar ke apa ker .. sabar jer ... (boleh kejar atas risiko sendiri serta tahap kemampuan diri sendiri)
time konvoi nie, marshal tetap ada.. ( bergantung kepada kumpulan2 kecil yang ada) tp xder la sampai nak jaga korang mcm konvoi dekat2 tuh.. diorang cuma pastikan semua berjalan lancar, tgk tlg klu ader problem jer... so klu korang kene tinggal.. tetiba motor problem.. relaks n jgn gelabah.... bg signal n berenti kat tepi... lastman akan ada tlg korang nnt ... (time briefing tu, pastikan korang tau sapa lastman.. jgn sampai lastman dok depan korang lak...)


Etika berkonvoi

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan. time ptotong tu mesti cukup bagi ruang dan isyarat yg sesuai.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong. nak potong memotong pon ada giliran tau...

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) . Pastikan letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas. Terutamanye ketika hujan baru turun.

8. Tiada marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan sentiasa bersamamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.(jangan nyanyi lagu awie)

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.( boleh meleper ker?)

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat.(hon atau lampu) kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15.Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. jangan sampai ader kes tertinggal pasal g parking blakang toilet. pastu x bgtau sesaper sudah.. kang bila gerak xder saper tau yg korang tgh memerit Grin Grin

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan
Handsign / Isyarat tangan...

Memandangkan masing2 dah masuk ejos pom pom.. jerit menjerit jadi x sesuai ketika berkonvoi.. oleh itu isyarat tangan digunakan... dan isyarat tangan nie perlu di relaykan/disampaikan sampai la ke org belakang.. bukan leader atau marsyal jer yg buat.. semua ahli konvoi kalau boleh kena buat... nnt org belakang x tahu lak apa jadi kat depan...

antaranya isyarat tgn yg digunakan.......

Sedia
Ketika mula konvoi, kalau nampak Marsyal/Leader buat camni.. ni bukan diorang nak kata korang bagus @ tak.. nie nak tanya korang dah ready ke x nak gerak.. klu dah ready, balas la balik mcm tu gak.. x ready.. pandai2 la jerit.. atau leh bgtau marsyal yg berdekatan

Hidupkan Enjin
Bila semua dah ready, Start your engine.. Vroommm... Vroo.. eh silap.. Pom Pom Pom......

Tambah Kelajuan
ketika tengah2 konvoi, kadang2 korang akan nampak marsyal, atau orang depan korang buat mcm ni.. ni tandanya nak suruh korang laju sikit.. pasal.. ni kompom korang dah tertinggal nie... sila pastikan jarak korang ngan motor depan x jauh sangat.... kita x mau nanti ader kenderaan lain suker2 g masuk tengah2 konvoi.....

Perlahankan Kenderaan
Setiap kali korang perlahankan motor korang, yer la, nak masuk simpang ker, berenti ker.. trapik light ker... ni la sign nak guna....

Bahaya di Kiri
Kalau korang perasan lopak ker apa kat depan.. jangan la simpan sorang.. bengkok rim orang belakang nnt ... sign ni digunakan utk semua jenis bahaya kat depan mcm klu ader lopak, ader kenderaan rosak, baikpulih jalan

Bahaya di kanan
gunanya mcm td gak, klu ader lopak, ader kenderaan rosak, baikpulih jalan, nyah lagi angkat skirt nak tumpang.. bla3x .. tapi memandangkan tangan dok sibuk pulas trotel.. kaki digunakan.....

Belok Kiri
ketika menghampiri simpang kiri.. ala.. paham2 laa....

Belok Kanan
Ni plak kalau nak belok kanan

Berhenti
Bila berhenti.. korang akan nampak Leader buat sign nie..

Ketika berkonvoi, bergantung kepada keadaan jalan... konvoi akan begerak samada dalam satu line, atau 2 line (zigzag)
Ketika berkonvoi, bergantung kepada keadaan jalan... konvoi akan begerak samada dalam satu line, atau 2 line (zigzag)
Satu Line
Leader akan beri isyarat macam nie....

dan konvoi akan bergerak.. macam nie Grin Grin .. jarak antara motor korang ngan motor depan adalah "sebijik motor" ..

Dua Line/Zig Zag
Bila jalan cukup lebar utk buat 2 line dengan selamat.... Leader akan buat mcm nie.....
dan konvoi akan bergerak dalam bentuk zigzag macam nie.... sekali lagi... jarak antara motor korang ngan motor depan adalah "sebijik motor" .. tujuannya supaya klu tetiba nak tukar jadi satu line... mudah motor belah kanan nak masuk lam line kiri tuh

reference
www.gt128riders.com
malaysianbikers.com.my

HWC Selangor Crew menuju puncak...............

Selamat sampai ke puncak Genting
Pada 26 June 2011 HWC Selangor telah mengadakan satu ride santai ke Kaki air terjun genting. Sambutan diluar jangkaan. Nasib baik bekalan makanan kesemua yang join dapat merasainya. Acara tidak habis begitu sahaja, selesai mandi-manda, perjalanan diteruskan ke puncak genting... Motor-motor yang selamat tiba....